CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA SEMUA....

Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan:


1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Wednesday, March 3, 2010

Semoga berbahagia selalu....

Kucing berlari dua lima,
seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh lima,
mak dah bising tanya bila nak kawin.

Kain batik kain basahan,
terkoyak tersangkut di mata joran,
Dulu masa sekolah, mak pesan,
jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Orang berlayar melalui sungai
Sungai nya dalam tidak terduga
Semoga bahagia kedua mempelai
Hidup aman dirumah tangga


Kembangan melati berdahan selasih
Dara ditinggal di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra Kekal sepanjang zaman.

Limau purut bunga Angsana
Menghias pengatin nampak berseri
Hati terpaut pinangan diterima
Duduk bersanding bersatu hati.

Bunga dikarang di dalam kebun
Kebun permainan Raja Judah
Saya tidak tahu berpantun
Mohon Ampun barang yang salah.....hehehehe

selamat.sob...dari DATUK Z

Sunday, January 3, 2010

Tibanya tahun baru...2010

  • Azam baru...2010..Bulleted List

  • mencari jalan yang sebenar-benarnya dan yang betul.
  • berani menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita..
  • tabah menghadapi sebarang dugaan hidup.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Tuesday, December 15, 2009

KAWAN OH..KAWAN?

Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya????
--------------------------------------

PERINGATAN

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu ,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci..

Hari malam gelap-gelita,
Pasang lilin jalan ke taman,
Sopan santun budaya kita,
Jadi kebanggaan zaman berzaman...
----------------------------------------
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Semoga Maju Jaya.

Saturday, November 28, 2009

Selamat menyambut hari raya Korban

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Anak cikgu bermain guni,
Sambil berlari ke sana ke mari,
Utk sahabat yang baca blog ini,
Ku mohon maaf,
Ku ucapkan Salam Aidiladha,
Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 26, 2009


marilah kita mengeratkan silaturahim sesama manusia di bulan puasa yang mulia ini...agar mendapat keberkatan...tk yah gduh-gduh.. MAJULAH DIRI UNTUK KEBAIKAN...